fbpx

Indonesia lanjutkan sekatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan mohon rakyat tidak panik dengan pelanjutan PPKM luar Jawa-Bali.- Jakarta Post

JAKARTA – Gelombang varian Omicron yang melanda Indonesia memaksa pemerintah  melanjutkan Perintah Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) yang sepatunya berakhir kelmarin hingga 14 Februari ini.

Menurut laporan portal berita Suara.com, PPKM yang berlangsung di Jawa-Bali ini adalah tahap tiga dan meliputi wilayah Bali, Jogjakarta dan Bandung.

Menurut Menteri Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan situasi tersebuti bukanlah bermaksud Indonesia kembali ‘berkurung’, namun hanya untuk mengawal jangkitan dan usaha melandaikan lonjakan kes Covid-19.

“Jika penduduk boleh menjaga disiplin diri dan mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan, PPKM akan segera ditamatkan.

“Situasi pandemik buat masa ini masih dalam kawalan jadi jangan panik,” ujar Kuhut.

Sementara itu, pemerintah  juga akan terus meningkatkan kadar vaksinasi untuk kedua-dua dos pertama dan kedua yang masih di bawah 50 peratus bagi kawasan luar Jawa-Bali.

Selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo (Jokowi), dos vaksin penggalak di luar Jawa-Bali juga akan ditingkatkan.

Di peringkat nasional, dos vaksin penggalak hanya mencapai 2.3 peratus dan di luar Jawa-Bali baru mencecah 1.6 peratus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI