fbpx

Bekas Jeneral Rusia beri amaran kepada Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ivashov menuduh Putin sengaja memprovokasi peperangan antara Rusia dan Ukraine. - Peace In Space

MOSCOW – Seorang jeneral bersara Rusia memberi amaran terbuka kepada Presiden Vladimir Putin supaya tidak berperang dengan Ukraine, lapor akhbar Daily Mail  kelmarin.

Kolonel Jeneral Leonid Ivashov, 76, berkata Putin sengaja mengada-adakan konflik yang timbul sekarang bagi mengalih perhatian dunia daripada masalah sebenar dalam negara itu.

Ivashov menulis surat terbuka bertajuk  The Eve Of War  kepada Putin yang mengecam ‘dasar jenayah mencetuskan perang’  oleh beliau biarpun Rusia tidak berdepan sebarang ancaman yang kritikal.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh bekas pemimpin tentera Rusia itu ketika Presiden Perancis, Emmanuel Macron berlepas ke Kremlin untuk berbincang dengan Putin mengenai situasi semasa di sempadan Rusia-Ukraine.

Ivashov yang  bersara daripada perkhidmatan tentera kini aktif dalam politik sebagai pengerusi Dewan Perhimpunan Pegawai Rusia.

Dalam surat terbuka di laman web dewan perhimpunan itu, beliau meluahkan kebimbangan sekiranya Rusia akan dikecam oleh masyarakat dunia jika pencerobohan ke atas Ukraine diteruskan.Beliau turut menggesa Putin supaya meletak jawatan.

Selepas dipecat oleh Putin pada 2001, beliau menjadi pengkritik keras Presiden Rusia itu dan kerap  meminta Putin meletak jawatan kerana melindungi golongan elit yang korup.

Campur tangan terbaharu oleh Ivashov  itu menunjukkan masih ada pihak di Rusia yang menentang perang dengan Ukraine.

Perkembangan itu berlaku selepas  satu petisyen ditandatangani oleh 5,000 rakyat yang menuntut Putin membatalkan konflik itu.

“Ancaman luar sentiasa wujud namun menurut penilaian pakar kami, ancaman itu pada masa ini tidak kritikal.

“Pencerobohan ini secara langsung akan mengancam kewujudan negara Rusia dan kepentingannya,” tegas Ivashov.

Mengulas mengenai surat itu, pakar mengenai hal ehwal Rusia, Michael McFaul berkata, campurtangan  Ivashov itu menunjukkan krisis Moscow-Kiev kini semakin serius.

“Ini menunjukkan ada masalah besar dalam pentadbiran dalaman Rusia kerana Ivashov ialah seorang tokoh ketenteraan yang sangat dihormati.

“Individu berpangkat besar seperti beliau biasanya tidak akan terlibat dalam perbahasan dasar awam,” kata MacFaul. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI