fbpx

Pelanggan kecewa pendandan rambut seksi hanya iklan promosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita ini ialah teman wanita pemilik kedai gunting rambut bersama rakannya dan menjalani sesi fotografi bagi tujuan promosi sahaja. - Facebook

BANGKOK – Sebuah kedai gunting rambut di Bangkok menjadi tular di media sosial apabila foto-foto wanita seksi sedang mendandan rambut pelanggan lelaki tersebar meluas, lapor laman berita Coconut News semalam.

Laman Facebook kedai gunting rambut Real Cut 4 itu dihujani pelbagai komen oleh pelanggan lelaki yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak mendapat ‘layanan’ pendandan rambut yang disediakan.

Bagaimanapun, pemilik kedai itu membuat penjelasan bahawa premisnya tidak mempunyai pekerja wanita dan  gambar tersebut  sebaliknya adalah sesi fotografi hanya bagi tujuan promosi.

“Kami menyediakan perkhidmatan gunting dan dandanan rambut. Kami bukannya pusat urut yang membekalkan  gadis-gadis.

“Pendandan wanita yang tular itu sebenarnya teman wanita saya dan rakan-rakannya menyertai sesi fotografi tersebut semata-mata untuk tujuan pemasaran,” jelas satu kenyataan rasmi kedai itu.

Ternyata kenyataan itu menambah kekecewaan netizen yang sudah memasang angan-angan mahu menggunting rambut di kedai berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI