fbpx

Cuma 8% kes AEFI serius ada kaitan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Hanya sebilangan kecil daripada banyak kes Kesan Buruk Susulan Imunisasi (AEFI) yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan pengambilan vaksin Covid-19.

Perkara itu didedahkan Pengarah Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Dr. Roshayati Mohd. Sani pada sesi libat urus bersama-sama media secara dalam talian hari ini.

“Setakat ini berdasarkan hasil semakan yang terperinci, cuma lapan peratus daripada kes AEFI yang serius disahkan memang ada kaitan dengan suntikan vaksin berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Roshayati berkata, pemantauan pihak kementerian itu turut mendapati kesan AEFI yang serius amat jarang berlaku dan kemungkinan hanya akan timbul secara kebetulan.

“Semua kes AEFI serius dilaporkan oleh penerima dos imunisasi itu akan disiasat rapi dan dinilai bagi ditentukan memang ada hubung kait kesan sampingan dengan vaksin,” katanya.

Justeru, beliau meminta mereka yang mengalami AEFI agar segera memaklumkan menerusi pelbagai saluran disediakan oleh pihak kementerian termasuk melalui aplikasi MySejahtera.

Langkah itu ujarnya, bagi membolehkan kes disiasat dengan teliti dan dikongsi NPRA dengan pihak berkepentingan lain malah laporan itu dijadikan rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Berdasarkan perangkaan agensi itu sehingga 31 Januari lalu, sejumlah 3,458 laporan AEFI serius diterima dari seluruh negara sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari tahun lepas.

Statistik menunjukkan majoriti besar kes AEFI melibatkan dos primer, sekali gus menyangkal tohmahan golongan antivaksin kononnya dos penggalak berisiko tinggi ada kesan sampingan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI