fbpx

Bekalan telur bakal susut 3 juta sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krisis bekalan telur ayam dijangka berlarutan menjelang Ramadan pada April ini sekiranya tidak jalan penyelesaian.

MELAKA – Kerajaan disaran menaikkan harga 5 sen sebiji telur bagi semua gred secepat mungkin bagi mengelak negara mengalami krisis kekurangan bekalan sehingga 90 juta barangan itu menjelang Ramadan ini.

Timbalan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau berkata, cadangan itu merupakan penyelesaian jangka masa pendek paling efektif memandangkan hanya berbaki 52 hari lagi sebelum umat Islam berpuasa.

Menurutnya, bekalan telur dijangka terus berkurangan mencecah tiga juta biji sehari berikutan peladang ayam pe­nelur kini berdepan dengan kenaikan kos operasi yang tidak seimbang dengan harga pasaran.

“Sebelum ini kita mengesyor­kan tiga kaedah iaitu subdisi khas kepada pengusaha ladang ayam penelur, menentukan harga ikut pasaran dan kenaikan 5 sen bagi telur gred A, B dan C.

“Sekiranya mahu memastikan bekalan telur mencukupi menjelang Ramadan dan perayaan Aidilfitri, kaedah paling efektif adalah menaikkan harga 5 sen supaya peladang dapat tampung kos operasi terutamanya dedak ayam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, biarpun kerajaan memperuntukkan subsidi khas, pihaknya khuatir pelaksanaan itu akan mengambil masa lama.

“Saya yakin pemberian subsidi akan mengambil masa ke­rana perlu menyediakan formula pembayaran kepada peladang.

“Sekiranya kadar 5 sen dinaik­kan serta-merta, semua peladang akan dapat bernafas semula,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bekalan telur ayam negara dijangka berkurangan sehingga tiga juta biji sehari menjelang Ramadan pada April ini.

Pengurangan sehingga 10 peratus itu berpunca daripada peningkatan kos peneluran termasuk pembelian dedak import yang tidak seimbang dengan harga pasaran sebiji telur di bawah kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Peladang mendakwa terpaksa menjual ayam penelur lebih awal sebelum dapat menghasilkan jumlah maksium 330 biji bagi seekor ayam.

Pada 31 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga telur ayam semua gred kekal iaitu 44 sen (Gred A), 42 sen (Gred B) dan 40 sen (Gred C) di Semenanjung, manakala

Sabah, Sarawak dan Labuan harganya bergantung mengikut kawasan. Pelaksanaan harga itu berkuat kuasa 5 Februari hingga 5 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI