fbpx

Suspek samun, larikan Ford Ranger pernah terlibat kes culik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmir (dua dari kanan) memeriksa sebuah SUV jenis Honda HR-V yang terbakar dalam kemalangan di Kampung Paloh, Tumpat Khamis lalu. - FOTO: ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Seorang lelaki yang masih bebas dipercayai terlibat dalam kes melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger minggu lalu merupakan suspek dikehendaki polis berkait kes culik di Machang

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, berdasarkan siasatan, suspek disyaki terlibat dengan kes melarikan orang dengan salah mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan tiga tahun lalu di daerah tersebut.

“Polis percaya suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an masih berada di negeri ini dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dan mengenalinya diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan,” pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, kemalangan maut yang mengorbankan tiga lelaki termaduk dua daripadanya rentung di Kampung Paloh, Morak di sini Khamis lalu membongkar aktiviti jenayah samun yang dilakukan mangsa sebelum nahas.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang dinaiki semua mangsa terbabas dan merempuh sebatang tiang di hadapan rumah sebelum terbakar.

Mohd. Azmir berkata, ketiga-tiga lelaki yang maut itu dipercayai baru sahaja melakukan samun bersama seorang lagi rakan mereka.

Menurutnya, kesemua suspek telah menyamun di Kampung Sungai Pinang dan seorang daripada mereka telah melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI