fbpx

Pengusaha risau pembuatan kek, biskut raya terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alya Izz memerlukan kira-kira 600 biji telur untuk membuat kek dan biskut di Chemor, Perak.

PETALING JAYA – Pengusaha kek dan biskut raya meluahkan rasa bimbang mengenai krisis bekalan telur terutama gred A dan B yang berkura­ngan di pasaran.

Pengusaha kedai kek Aniss Cake House, Julia Mohamat, 49, berkata, dia turut terkesan dengan keadaan itu apabila pembekal barangan tersebut tidak dapat menyediakan telur gred A pada minggu lalu.

“Pembekal terpaksa jual te­lur gred AA ke­rana bekalan telur gred A sudah kehabisan. Pada hari biasa, saya menggunakan 600 biji telur dalam masa tiga hari dan 900 biji te­lur pada waktu puncak untuk menghasilkan pelbagai jenis kek termasuk kek lapis serta kek buah,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Julia risau sekiranya masalah itu akan berlarutan menjelang Ramadan kerana rata-rata pengusaha kek dan biskut menerima tempahan tinggi.

Sementara itu, di Ipoh, pengusaha kek, Alya Izz Afifah Azmi, 23, mendakwa mengalami masalah sama apabila bekalan telur gred A dan B sukar didapati di kedai sekitar Chemor.

“Hendak dapat telur gred A dan B memang susah. Saya perlu pergi ke pasar raya besar. Saya dan ibu sudah membuka tempahan biskut dan kek raya, kalau masalah ini berlarutan kami bimbang tak dapat siapkan pesanan,” katanya.

Menurut Alya Izz, biasanya dia menerima tempahan sehingga 50 biji kek dan 500 ba­lang biskut raya yang memerlukan sehingga 400 biji telur.

Pengusaha kek di Kuala Lumpur, Rinawati Rezmi, 34, pula memberitahu, setakat ini bekalan telur di pasar raya besar masih mencukupi.

“Apa yang dibimbangkan sekiranya krisis bekalan telur ini berlarutan, tidak mustahil pengusaha kek dan biskut raya seperti saya bakal mengalami kerugian besar apatah lagi musim perayaan adalah masa sesuai untuk kami mencari pendapatan lebih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI