fbpx

Bina jambatan, pontun di tengah muara sungai elak operasi feri tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masalah alur pelayaran cetek dan berselut di kawasan Terminal Feri Kuala Perlis membelenggu pengusaha feri sejak sekian lama.

KUALA PERLIS – Kerajaan dicadangkan untuk membina jambatan pejalan kaki dari Terminal Feri Kuala Perlis sehingga ke satu platform atau pontun terapung di tengah muara Sungai Perlis sebagai penyelesaian jangka masa panjang bagi isu alur pelayaran cetek dan berselut di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Nor Azam Karap berkata, langkah penyelesaian itu lebih praktikal berbanding membina jeti penumpang baharu di kawasan lain.

“Penyelesaian jangka panjang adalah dengan membina stuktur tambahan iaitu jambatan pejalan kaki dari terminal utama jeti ke tengah muara Sungai Perlis.

“Di hujung jambatan tersebut pula dibina pontun terapung seperti di Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kawasan di tengah muara sungai berkenaan masih lagi dalam kerana berlaku pergerakan arus air pasang dan surut selain tidak mengganggu pergerakan keluar masuk bot di muara sungai.

“Bagi saya ini lebih praktikal dan murah berbanding membina jeti baharu di kawasan lain seterusnya mematikan ekonomi di kawasan jeti sedia ada,” ujarnya.

Menurutnya, beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Pengangkutan, Jabatan Laut dan juga kerajaan negeri.

“Dalam masa sama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Pengangkutan dan Jabatan Laut kerana telah menyegerakan kerja-kerja pengerukan kecemasan terutama sekali di kawasan jeti Kuala Perlis,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI