fbpx

‘Mahu tambah lokasi jualan ayam RM8 di Selangor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) beramah mesra dengan salah seorang penerima di Dewan Jubli Perak, SUK, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri berkemungkinan akan memperbanyakkan lagi lokasi jualan ayam standard murah di bawah Program Intervensi Harga Makanan Ehsan yang diperkenalkan Sabtu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mahu seramai mungkin rakyat Selangor dapat membeli ayam pada harga RM8 sekilogram seperti yang ditawarkan ketika ini.

“Kita akan bincang berhubung perkara itu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) esok.

“Namun, kita akan lihat kos dan keupayaan sekiranya mahu memperbanyak lokasi jualan ayam murah ini,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian surat tawaran pinjaman boleh ubah dalam negara di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Kosmo! pada 5 Februari lalu melaporkan kerajaan negeri mengumumkan penetapan harga ayam standard RM8 sekilogram di semua premis dibawah seliaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan dana RM1juta telah diwujudkan bagi menjayakan program ini.

Mengulas lanjut, Amirudin menjelaskan, program intervensi dijalankan ketika ini hanyalah bersifat sementara bagi menstabilkan harga ayam di peringkat pengguna. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI