fbpx

Selangor tidak akan tutup mana-mana sektor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kanan) menyampaikan surat tawaran pinjaman kepada salah seorang penerima pinjaman di SUK Selangor, di sini hari ini.

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor tidak akan menutup mana-mana sektor, meskipun jumlah kes baharu harian Covid-19 semakin meningkat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian kecuali situasi menjadi lebih buruk.

“Penutupan bukannya pilihan kerana kita telah berjaya memvaksinasi sebahagian besar golongan dewasa dan remaja di negeri ini.

“Kalau dahulu kematian mencecah 200 kes sehari tetapi sekarang ini, dianggarkan hanya sembilan kes kematian sahaja ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan surat tawaran pinjaman boleh ubah dalam negara di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata demikian mengulas peningkatan kes Covid-19 di negeri ini dengan andaian penutupan sebarang sektor di Selangor bagi mengurangkan jumlah kes tersebut.

Berdasarkan laman rasmi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menunjukkan jumlah kes baharu di Selangor semalam adalah 2,411 kes, berbanding 2,549 kes pada Ahad lalu.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin meminta Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sama ada mereka yang terlibat dalam penjualan sijil vaksinasi palsu dijangkiti Covid-19 atau tidak. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI