fbpx

Penyelia kilang didakwa muat naik gambar, video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Termizi (kanan) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dihadapkan atas dua pertuduhan memuat naik gambar dan video lucah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memuat naik gambar dan video lucah, lima tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Tarmizi Mohd, 28, membuat pengakuan bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibaca di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, dia didakwa melakukan penghantaran komunikasi bersifat lucah melalui aplikasi Google Drive.

Penyebaran gambar dan video itu disedari pengadu di sebuah rumah di Kampung Padang Sena di sini pada pukul 12 tengah hari, 11 Mei 2017.

Ahmad Tarmizi didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd. Zameri, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI