fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Kelantan dan Terenganu petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang bagi negeri Kelantan dan Terengganu petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang.

“Di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya.

Jelasnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI