fbpx

Kompaun bernilai RM49,000 sepanjang Januari di daerah Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian ketika mengadakan sidang akhabar di IPD Timur Laut di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sebanyak 49 kompaun berjumlah RM49,000 dikeluarkan hasil 167 pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan, lokasi pelancongan dan beberapa tempat lain di daerah Timur Laut di sini sepanjang Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pemeriksaan itu merupakan kerjasama ‘task force’ antara polis, Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa tempatan dan agensi lain bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Katanya, antara kesalahan yang direkodkan ialah 27 kompaun membabitkan kesalahan tiada penjarakan fizikal, gagal mengimbas daftar masuk kod QR (17) , tidak memakai pelitup muka (satu) dan melakukan aktiviti terlarang (empat).

“Kita menjalankan 167 pemeriksaan sepanjang Januari lalu dan mengeluarkan 49 kompaun bernilai RM49,000 membabitkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP.

“Menerusi pemantauan, kita mendapati orang ramai mula selesa apabila berlaku penurunan kes sebelum ini jadi mereka leka dan mengabaikan SOP pencegahan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Soffian berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati melanggar SOP selepas ini.

“Para peniaga juga perlu memainkan peranan penting dengan menghadkan jumlah pelanggan ke premis masing-masing sekiranya jumlah pelanggan terlalu ramai,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI