fbpx

Kes aktif lebih 70,000, sembilan kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Negara terus mencatatkan peningkatan kes aktif dengan 74,561 kes dilaporkan semalam, berdasarkan data pada laman web CovidNow.

Ia melibatkan 65,566 kes dikuarantin di rumah, 4,695 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,165 kes di hospital, 54 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 81 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,043 kes.

“Terdapat dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,466 kes.

“Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Perak (4), Kedah (1), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1) dan Selangor (1),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI