fbpx

Ikan pupus muncul balik perkara ajaib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN semula ikan tequila yang dikatakan pupus sangat menakjubkan.

SPESIES ikan tequila kini kembali hidup di habitatnya di sungai-sungai di barat daya Mexico setelah diisytiharkan pupus pada 2003.

Ahli konservasi di Zoo Chester, England, Gerardo Garcia menjelaskan, ia diklasifikasikan sebagai spesies ikan kecil.

“Ikan ini tidak berwarna-warni dan tidak ada tarikan padanya dalam konteks pemuliharaan global.

“Bagaimanapun, mengembalikan ikan tequila ke alam liar bukanlah perkara mudah. Kemunculan ikan ini
adalah contoh bagaimana ekosistem air tawar dan spesies di dalamnya boleh diselamatkan,” katanya.

Menurut Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN), habitat air tawar adalah yang paling terancam di Bumi.

Agensi itu juga menegaskan, spesies yang bergantung kepada ekosistem air tawar menjadi lebih cepat pupus daripada makhluk darat dan laut.

Dalam kes ikan tequila, mereka yang tinggal berhampiran habitatnya di Jalisco, Mexico, memainkan peranan penting dan mereka sentiasa memantau kualiti air tasik dan sungai di kawasan itu.

Prof. Omar Dominguez dari Universiti Michoacana dan pasukannya telah memainkan peranan besar dalam kemunculan semula ikan tequila.

“Kami tidak dapat melakukannya tanpa bantuan penduduk tempatan. Merekalah yang melakukan pemuliharaan jangka panjang.

“Ini adalah kali pertama spesies ikan yang pupus berjaya dimunculkan semula. Jadi, ia adalah satu peristiwa penting untuk pemuliharaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI