fbpx

Kosmo! Prihatin: Dua remaja cekal selepas hilang ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun NUR RANIA ADAWIAH (dua dari kanan) dan Tun Muhammad Raihan Darwisyah (kiri) diziarahi ibu saudara di Kampung Machang, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Kehilangan ibu bapa pada usia remaja membuatkan dua beradik terpaksa berdikari dan cekal meneruskan hidup di rumah pusaka di Kampung Machang di sini meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Tun Nur Rania Adawiah Tun Harun, 16, dan adiknya, Tun Muhammad Raihan Darwisyah, 14, enggan berganjak daripada rumah pusaka itu selepas ibu mereka, Azizah Kassim, 56, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 3 November tahun lalu.

Lebih sedih apabila bapa mereka, Tun Harun Tun Omar, 61, pula pergi buat selama-lamanya akibat serangan jantung 19 hari kemudian.

Dua beradik itu bagaimanapun masih meneruskan persekolahan di tingkatan empat dan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Landas, Ajil di sini.

“Rumah kami berhampiran dengan kediaman ibu-ibu saudara yang kerap menjenguk dan bertanya khabar.

“Perbelanjaan pula ditampung enam abang dan kakak yang menetap di luar Terengganu seperti Selangor dan Perak,” kata Tun Nur Rania Adawiah ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, dia masih ingat saat terakhir menatap wajah ibunya ketika membuat panggilan video ketika dirawat di hospital.

Menurut Tun Nur Rania ­Adawiah, pemergian bapanya paling mengejutkan mereka semua kerana kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

“Buat masa ini, kami berdua lebih selesa tinggal bersama di rumah pusaka. Lagipun mudah hendak ziarah pusara ibu dan ayah yang dikebumikan berse­belahan,” katanya.

Tun Nur Rania Adawiah menjelaskan, abang dan kakaknya ada mempelawa mereka tinggal bersama, namun dia tidak mahu menyusahkan mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab masing-masing.

“Setakat ini, kami hidup de­ngan ditampung oleh keluarga dan saudara mara selain belum menerima sebarang bantuan kerajaan kerana tidak tahu membuat permohonan,” katanya.

“Apa pun, kami berazam untuk terus berdikari dan belajar sungguh-sungguh biar pun sukar demi memenuhi wasiat arwah ibu bapa,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib dua anak yatim piatu terbabit boleh menghulurkan bantuan ke akaun bank milik Tun Nur Rania Adawiah bernombor 1199541100475201 (Bank Simpanan Nasional) atau ­menghubunginya di talian 011-6198 8644.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI