fbpx

Denise tinggalkan Secret Number

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENISE

PEMINAT kumpulan K-pop popular Secret Number mengejutkan ramai peminat apabila seorang anggotanya iaitu Denise dilaporkan sah meninggalkan kumpulan itu berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Denise menerusi Instagramnya memberitahu, dia mengundur diri selepas kontrak eksklusifnya bersama agensi Vine Entertainment tamat.

“Pada 1 Februari 2022, kontrak saya bersama Vine Entertainment sudah tamat. Kepada peminat yang menunggu lama kemunculan saya pasti akan terkejut dengan berita ini. Jadi saya minta maaf.

“Selepas debut pada Mei 2020, saya lalui banyak momen manis bersama Lockey (kumpulan peminat). Saya harap kalian terus menyokong Secret Number biarpun saya tidak lagi bersama mereka,” tulisnya.

Untuk rekod, Secret Number memulakan debut pada Mei 2020 dibarisi lima anggota yang datang dari pelbagai negara.

Denise dan Jinny dari Amerika Syarikat, Lea (Jepun), Soodam (Korea Selatan) dan Dita (Indonesia).

Kali terakhir kumpulan itu muncul dengan buah tangan terbaharu pada Oktober tahun lalu menerusi single Fire Saturday.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI