fbpx

Kadar penggunaan katil Covid-19 tidak membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika berucap pada sidang akhbar hari ini

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kadar penggunaan katil Covid-19 di fasiliti kesihatan kekal berada di tahap yang tidak membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan sebanyak 3,233 katil digunakan daripada 9,776 yang disediakan merangkumi kadar penggunaan sebanyak 33 peratus ketika ini.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Manakala kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah 14 peratus atau 116 daripada 850 katil yang disediakan,” katanya ketika sidang akhbar hari ini.

Jelas Khairy, kadar tersebut menunjukkan penurunan sebanyak satu peratus.

Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes hari ini berbanding 10,089 semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.

Sebelum ini, KKM menjangkakan kes harian Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini sekiranya bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (Ro) sekiranya nilai itu kekal 1.2 hingga hujung bulan depan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI