JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat menjadi tular kerana mengumpulkan duit syiling dalam masa tiga tahun sehingga mencecah 65 juta rupiah (RM18,887), lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan satu perkongsian di laman Instagram, wanita tersebut dikatakan ingin menggunakan wang hasil menabung itu untuk menunaikan umrah.
“Alhamdulillah, hasil menabung selama tiga tahun, dapat mengumpul sebanyak 65 juta rupiah (RM18,887). Bolehlah saya pergi ke umrah,” tulis keterangan pada akaun tersebut.
Hantaran itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata turut mendoakan agar wanita berkenaan dapat menunaikan niatnya itu.
“Semoga perjalanan kamu dipermudahkan dan dilancarkan niat untuk ke Tanah Suci,” kata seorang netizen.
“Pekerja bank pun menangis lihat gambar ini,” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI