fbpx

Tuan Ibrahim ucap takziah kepada keluarga Shahrir, Khalid Samad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekitar majlis solat jenazah Allahyarhamah Rashidah Othman di Masjid Kolej Islam semalam.

PETALING JAYA – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi satu ciapan di laman Twitter menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad atas pemergian ibu tercinta.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan YB Khalid Abdul Samad atas pemergian bondanya yang dikasihi, Allahyarhamah Rashidah Othman, semalam.

“Marilah kita mendoakan agar Allahyarhamah diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” ciapnya.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook Tan Sri Shahrir, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan buat arwah ibunya.

“Saya dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat rakan kenalan yang telah menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah mak kami dan turut berdoa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

“Kami tidak mungkin membalas kesemua pesanan yang kami terima semenjak pagi semalam. Namun, diatas berkat ingatan, ucapan dan iringan doa dari sahabat rakan kenalan sekalian, pengebumian Allahyarhammah telah sempurna diurus di Tanah Perkuburan Bukit Kiara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI