fbpx

PSG malukan Lille di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meledak gol keduanya bersama PSG dalam saingan Ligue 1 ketika berjaya menewaskan Lille 5-1 awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Dua penggempur berbisa Paris Saint-Germain, Lio­nel Messi dan Kylian Mbappe berjaya mencetak nama sebagai penjaring ketika pasukan itu membenam cabaran juara bertahan Ligue 1, Lille 5-1 di Stade Pierre-Mauroy awal pagi semalam.

Selain kedua-dua pemain berkenaan, PSG berjaya meraih jaringan menerusi dua gol Danilo Pereira dan satu lagi menerusi Presnel Kimpembe sekali gus memberikan motivasi sebelum bertemu Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara 16 Februari ini.

Mbappe yang dikaitkan dengan Real sejak sekian lama mengakui bahawa aksi yang dipamerkan oleh PSG menyebabkan dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya biarpun dibenar untuk mengadakan rundingan bersama kelab lain.

“Beraksi menentang Real Madrid akan mengubah ba­nyak perkara. Walaupun saya bebas ketika ini untuk melakukan rundingan, saya tidak akan mengadakan perbincangan dengan pasukan lawan.

“Saya fokus untuk meraih kemenangan menentang Real dan kita akan lihat apa yang akan berlaku selepas ini,” katanya.

Sebelum berdepan Lille, PSG turun dengan beban yang berat apabila mereka tersingkir daripada saingan Piala Perancis selepas tewas kepada Nice dalam penentuan sepakan penalti.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino sangat gembira melihat bintangnya, Lionel Messi berjaya meledak gol kedua peribadinya dalam saingan Ligue1 musim ini.

“Saya tidak pernah meragui kemampuan Messi. Dia adalah pemain terbaik di dunia. Saya gembira melihat aksinya yang sangat mengagumkan,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI