fbpx

Kes mayat berikat dijangka selesai dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berikat di rumah sewa mereka di Kampung Chenaga, Repah, di sini, baru-baru ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Kes penemuan mayat seorang lelaki dengan keadaan tangan serta kaki berikat di sebuah rumah di Jalan Cenanga Baru, Kampung Repah, Tampin bulan lalu dijangka dapat diselesikan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan laporan bedah siasat sebelum ini punca kematian sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan.

“Kita masih menunggu laporan kimia dan patalogi. Kita menyiasat dari semua sudut termasuklah sama ada kematian mangsa disebabkan racun atau pengambilan dadah secara berlebihan.

“Mungkin dalam tempoh beberapa hari lagi kita akan dapat maklumat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohamad, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat dan polis telah mengambil keterangan ahli keluarga termasuk isteri dan jiran mangsa bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan perasaan tidak sedap hati seorang isteri setelah panggilan kepada suaminya tidak berjawab lebih sehari membawa kepada penemuan mayat suaminya dalam keadaan berikat di rumah sewa mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd Mazlan Mahadi, 26, disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Paling memilukan apabila wanita terbabit melihat mayat suaminya yang berusia 26 tahun dalam keadaan kaki dan tangan berikat serta berbungkus dengan selimut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI