fbpx

Vida merayu mohon maaf, netizen desak presiden ditukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA kini diberi mandat sebagai Presiden Netizen dalam program hiburan Big Stage musim keempat.

PETALING JAYA – Sedar sering menimbulkan kontroversi memualkan, usahawan selebriti Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung segala tindakan peliknya dan kesilapannya sebelum ini.

Mahu membuka buku baharu, Vida, 50, yang dijemput menduduk kerusi Presiden Netizen dalam program Big Stage musim keempat (BS4) malam tadi, dengan rasa rendah diri meluahkan permohonan maaf yang dipancarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

“Saya mahu membuka buku baharu dengan perjalanan baharu dalam program Big Stage. Saya ingin memohon maaf dan memerlukan kemaafan daripada semua.

“Dengan rasa rendah diri, andai ada perkara yang saya lakukan telah mengguris hati rakyat Malaysia, terkasar bahasa, tersilap kata, tolong maafkan saya,” ujarnya.

Pelantun lagu I Am Me itu membuat permohonan maaf tersebut menerusi sebuah rakaman video yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Ibu kepada Cik B dan Kacak itu berharap permohonan maafnya dapat diterima umum dan keadaan kembali pulih seperti biasa.

“Harap kehadiran saya dalam Big Stage boleh memberi inspirasi kepada para peserta dan penonton.

“Terimalah saya seadanya. Apa yang buruk, datang daripada kekhilafan saya, manakala yang baik dari Allah SWT,” katanya.

Menjengah ruangan komen dalam Instagram rasmi @bigstageofficial, rata-rata netizen tetap tidak berpuas hati apabila Vida dijemput menduduk kerusi Presiden Netizen mewakili suara orang ramai.

Malah, ramai tidak mahu usahawan itu kekal duduk di kerusi Presiden Netizen pada minggu yang akan datang dan diganti dengan individu lebih layak.

“Datuk Seri Vida layak ke duduk kerusi juri?” komen seorang pengguna Instagram.

“Tidak ada orang lain lagi ke Presiden Netizen? Tolong tukar orang lain minggu depan,” kata seorang netizen.

“Apa relevannya Vida dengan rancangan ini (BS4)?” tegur seorang lagi netizen.

Kemunculan ‘istimewa’ dalam program hiburan tersebut sebenarnya mengejutkan ramai. Lebih menambahkan elemen drama, bekas kekasihnya iaitu usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikhabarkan telah berhijrah ke Indonesia sejak November tahun lalu tiba-tiba muncul sebagai peserta tambahan ke-12 dalam BS4.

Terdahulu, Vida beberapa kali mencetuskan kontroversi bermula daripada kisah ‘tidak jadi kahwin’ dengan Iqbal sehingga membawa pertikaian antara mereka berdua.

Bahkan, baru-baru ini, vida sekali lagi mengundang kemarahan ramai apabila dikatakan mendakwa penyanyi Anuar Zain sebagai seorang gay (homoseksual).

Bagaimanapun, Vida menafikan ada menyebut perkataan ‘gay’ merujuk kepada kecenderungan seksualiti penyanyi berusia 52 tahun itu, sebaliknya hanya menyebut perkataan ‘okay’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI