fbpx

Dua beradik teruja terima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kanan) Shivvaen dan Dharvinn ditemani Malini bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di HPP di George Town hari ini. - FOTO: IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Hari ini menjadi detik bermakna buat dua beradik G. Shivvaen, 10, dan adiknya, G. Dharvinn, 5, apabila menjadi antara kanak-kanak terawal di negeri ini yang menerima vaksin Covid-19.

Mereka yang diiringi ibu, M. Malini, 39, menyelesaikan proses suntikan vaksin berkenaan di Dewan Sri Puteri, Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini kira-kira pukul 11.10 pagi hari ini.

G.Shivvaen yang merupakan murid di Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist di sini mengakui dia gembira kerana telah berjaya mendapatkan vaksin Covid-19 hari ini.

“Saya tidak sabar untuk menjalani kehidupan normal bersama rakan-rakan selepas ini.

“Ketika disuntik saya tidak rasa sakit langsung dan prosesnya amat pantas untuk saya dan adik,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun bermula di Pulau Pinang hari ini.

Sementara itu, ibu mereka, M. Malini yang merupakan doktor kanak-kanak di HPP berkata, kedua-dua anaknya itu secara sukarela mahu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 itu.

“Sejak dahulu anak sulung saya, Shivvaen selalu tanya bila giliran kanak-kanak pada usia dia akan terima vaksin Covid-19.

“Apabila dia mendapat tahu program vaksin bagi kanak-kanak telah bermula dia secara sukarela menawarkan diri menerima vaksin berkenaan kerana mahu lebih perlindungan untuk diri sendiri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI