fbpx

Ramai berdebar tunggu pengumuman KKM petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA- ‘Tolonglah jangan ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi’. Itu antara diluahkan rata-rata rakyat ketika memberikan reaksi berhubung pengumuman khas bakal dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada pukul 5 petang ini.

Pada masa sama, ramai rakyat turut tertanya-tanya mengenai perkara bakal diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) memandangkan negara sedang menyaksikan gelombang baharu kes Covid-19.

“Janganlah lockdown lagi, ramai sudah melengkapkan vaksin Covid-19,” kata @jynaa_.

“Jangalah lockdown, penatlah sudah tiga kali berkurung,” ujar @yuewun.

“Solat hajat semua agar tiada PKP lagi kali ini, kita kena jaga kita,” jelas @mariaJB.

“Jangan ada pengumuman sekat majlis sudah, barang sudah dipesan,” doa @Dyela_ulala.

Terdahulu, Khairy memuat naik satu poster menerusi akaun rasmi Twitter miliknya dengan menyatakan satu sidang akhbar penting akan dijalankan pada pukul 5 petang nanti.

Difahamkan, sidang akhbar khas itu turut akan menyentuh mengenai perkembangan terbaharu jangkitan Covid-19 termasuklah status varian Omicron yang dilihat mula menyerang banyak negara antarabangsa termasuk Malaysia.

Semalam, KKM menjangkakan kes jangkitan Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini.

Jangkaan itu dibuat sekiranya kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.2 yang dicatatkan kelmarin terus kekal sehingga akhir Mac tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI