fbpx

Cenderahati bertema Kim Jong-un dijual online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kalendar tahun 2022 bertema Jong-un dijual pada harga £14.95 (RM84.53). - TheCalendarKing / Etsy

LONDON – Peminat Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un berpeluang untuk mengumpulkan pelbagai koleksi cenderahati  yang memaparkan wajah diktator tersebut dalam pelbagai gaya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Beberapa laman e-Dagang terkemuka menjual cenderahati itu yang terdiri daripada pelbagai barangan termasuk kalendar, seluar dalam, pelitup muka dan cawan.

Sebuah peruncit online dari Amerika Syarikat, CafePress contohnya, menjual seluar dalam yang dicetak dengan wajah Jong-un pada harga £15 (RM84.78).

Turut dijual adalah kalendar tahun 2022 yang bertema Jong-un pada berharga £14.95 (RM84.53). Ia dijual di laman e-Dagang, Etsy.

Etsy selain itu turut menjual cawan Jong-un yang mempunyai pelbagai tema cetakan dengan salah satu daripadanya memaparkan wajah pemimpin itu sedang tersenyum beserta keterangan bertulis, ‘Live Laugh Love’ . – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI