fbpx

Camilla akan diberi gelaran Permaisuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Camilla sebelum ini dilaporkan hanya akan memegang gelaran Puteri selepas Putera Charles menaiki takhta sebagai Raja England. - Vanity Fair

LONDON – Ratu Elizabeth II berkenan memberikan gelaran Permaisuri atau “Queen Consort’ kepada isteri Putera Charles, Camilla, Duchess of Cornwall apabila anakandanya menaiki takhta sebagai raja.

Sebelum ini, Camilla dimaklumkan hanya mendapat gelaran puteri atau ‘Princess Consort’ apabila suaminya bergelar Raja England.

Ratu Britain yang berusia 95 tahun itu berkata, ia adalah hasrat ikhlas baginda bahawa apabila Charles menjadi raja, Camilla akan dikenali sebagai Permaisuri

“Apabila tiba masanya nanti, ketika anakanda beta, Charles bergelar Raja, beta yakin anda semua (rakyat jelata)  akan memberikannya sokongan sama seperti yang anda lakukan buat beta.

“Ia juga adalah harapan beta agar apabila tiba masanya nanti, Camilla akan membawa gelaran Permaisuri dan meneruskan tugasan diraja seperti sekarang,” demikian menurut satu kenyataan bertulis rasmi.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa Ratu Elizabeth sedang bersedia dengan kemungkinan sekirannya baginda mangkat dan memandang tinggi Camilla, yang berkahwin dengan Charles pada 2005.

Pasangan dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cornwall, memiliki sejarah permulaan hubungan yang sensasi terutama berkaitan mendiang Puteri Diana.

Bagaimanapun, Camilla berjaya mendapatkan kepercayaan rakyat dan istana menerusi kerja kerasnya dalam menjalankan tugasan diraja.

Jurucakap pasangan itu berkata, baginda berdua terharu dan berbesar hati dengan kenyataan Ratu Elizabeth.

Sementara itu, Ratu Elizabeth menyambut ulang tahun ke-70 pemerintahannya kelmarin dan menjadi satu-satunya pemerintah Britain yang memegang takhta selama itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI