fbpx

Ramai gusar episod Covid-19 2021 berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Rata-rata orang ramai berterusan melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19 ketika ini dengan mengharapkan gelombang wabak seperti terjadi pada tahun 2021 tidak berulang kembali.

Jika diimbas kembali, episod Covid-19 pada tahun lalu menyaksikan jangkitan mendadak dengan kes tertinggi pernah dicatatkan sebanyak 24,599 selain angka kematian seramai 393.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di laman Facebook mendapati orang ramai mula melahirkan kebimbangan peningkatan kes seterusnya berkemungkinan membantutkan hasrat khususnya umat Islam meraikan Aidilfitri di kampung halaman tahun ini.

Seorang pengguna Facebook, Cek Wany berkata, dia bukan sahaja bimbang kes akan meningkat tetapi gusar sekiranya tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.

“Apa paling risau ketika ini ialah kes makin meningkat dan akan terus meningkat, jangan jadi macam tahun lalu sudah, terpaksa beraya tanpa keluarga di sisi.

“Tolong semua, terus patuh prosedur operasi standard (SOP), kita kena sama-sama kurangkan jangkitan kes kali ini, kita boleh,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Zamri Ridz menyifatkan, kerisauan itu tetap ada, namun kepatuhan SOP perlu menjadi keutamaan bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

“Risau memang risau, tetapi kita kena hadap benda ini, kalau dapat booster tolong pergi. Semua nak raya tahun ini, kena patuh SOP,” katanya,

Semalam, Kementerian Kesihatan menjangkakan kes jangkitan Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini.

Jangkaan itu dibuat sekiranya kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.2 yang dicatatkan kelmarin terus kekal sehingga akhir Mac tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI