fbpx

Kejutan Iqbal, rupa-rupanya bertanding dalam BigStage 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Penuh kejutan dan bakal memarakkan api kontroversi”.

Itu gambaran awal terhadap program realiti Big Stage musim keempat (BS4) yang memasuki konsert minggu pertama malam tadi.

Selain tiada sebarang penyingkiran membabitkan semua peserta, kehadiran penyanyi dan juga usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai peserta tambahan ke-12 ternyata tidak disangka-sangka.

Paling mencuri perhatian adalah reaksi Presiden Netizen yang diwakili oleh Datuk Seri Vida ketika melihat ‘bekas kekasihnya’ itu berjalan masuk ke pentas sambil menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara oleh Brorey Marantika.

Dalam konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menyaksikan kesemua peserta BS4 membawakan lagu bertemakan Game On.

Penyanyi Aisha Retno muncul sebagai peserta yang menduduki kedudukan teratas dengan markah tertinggi iaitu 84.4 peratus.

Tempat kedua pula diduduki oleh Daniel Chuer dengan markah sebanyak 71.0 peratus diikuti Yazmin Aziz dengan 65.8 peratus.

Sementara itu, Iqbal pula menjadi peserta yang mendapat markah terendah iaitu sekadar 28.8 peratus.

Seorang peserta, Megat Rahim bagaimanapun tidak membuat persembahan pada konsert minggu pertama kerana mengalami masalah kesihatan.

Menerusi konsert tersebut, peserta diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza di samping komposer dan penyanyi terkenal, Ajai.

BS4 pada musim ini turut memperkenalkan tiga juri jemputan masing-masing Juri Juara diwakili penyanyi Alif Aziz yang juga merupakan juara Gegar Vaganza (GV8) lalu.

Juri Pedas pula diwakili oleh penyanyi Mas Idayu manakala usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida pula mewakili Presiden Netizen.

Konsert BS4 diacarakan pasangan pengacara popular, Alif Satar bersama Sherry AlHadad.

Program BS4 kali ini membariskan seramai 12 peserta yang bakal bersaing bagi merebut gelaran juara dalam program yang mengangkat bakat baru dikenali dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) itu.

Selain bintang tempatan, Big Stage 2022 (BS4) kali ini kembali meneruskan penyertaan dari negara luar iaitu Indonesia dan Brunei.

Peserta dari Malaysia terdiri daripada Aisha Retno, Megat Rahim, Elica Paujin, Ajoi Zainal, Lia Aziz, Danial Chuer, Yasmin Aziz, Tuah Adzmi, Iqbal Zulkefli dan Sofiaa Marieylla (Jerung Merah).

Sementara itu, penyanyi popular Tegar Septian mewakili Indonesia dan Syafiq Abdilah mewakili negaranya, Brunei. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI