fbpx

Peserta Big Stage 2022, Megat Rahim positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat mengumumkan dirinya positif Covid-19 sekali gus gagal membuat persembahan minggu pertama malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang peserta program realiti, Big Stage 2022 yang tidak dapat membuat persembahan malam tadi iaitu Megat Rahim mengumumkan dirinya positif Covid-19.

Megat atau nama sebenarnya, Megat Abdul Rahim Megat Abdul Razak, 20, mendedahkan perkara tersebut menerusi Instagram.

Penyanyi yang terkenal dengan jalur muzik jazz itu memohon maaf kerana tidak dapat bertanding pada minggu pertama kerana dijangkiti virus maut berkenaan.

“Assalamualaikum sahabat Megat semua. Saya cuma nak cakap saya betul-betul minta maaf kerana tidak dapat membuat persembahan minggu pertama malam tadi.

“Saya positif Covid-19 alhamdulillah keadaan saya semakin baik dari demi hari. Kita jumpa minggu depan, insya-Allah,” kata pelantun lagu Sudahlah itu.

Terdahulu, konsert minggu pertama dipenuhi drama termasuk memperkenalkan peserta ke-12 iaitu usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkelfi.

Pun begitu, hanya 11 peserta yang membuat persembahan selepas media difahamkan Megat tidak dapat membuat persembahan atas masalah kesihatan.

Minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Aishah Retno menerima markah tertinggi, manakala tempat kedua Daniel Chuer dan Yasmin Aziz di tangga ketiga.

Program nyanyian yang mengetengahkan bakat generasi baharu itu turut disertai oleh Lia Aziz, Tuah Azmi, Ajoi Zainal, Jerung Merah, Elicia Paujin dan Tegar Septian.

Iqbal menerima markah tercorot termasuk hanya diberikan lima markah daripada juri tetap Ajai yang menyifatkan persembahannya yang membawakan lagu Biarlah Bulan Bicara kurang memuaskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI