PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan beberapa kawasan di negeri Pahang dan Johor.
Menerusi laporan cuacanya di YouTube, MetMalaysia menjangkakan keadaan hujan lebat itu akan tertumpu di Rompin, Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Tambahnya, cuaca buruk ini akan berterusan sehingga 8 Januari 2022.
“Selain itu, berdasarkan paparan imej gema radar, hujan lebat serta ribut petir dilihat sedang berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
“MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut akan pulih menjelang petang nanti,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE