fbpx

Isu diminta beralih saf: “Siasat dulu sebelum tularkan”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu gambar yang dikongsi oleh individu terbabit.

PETALING JAYA – Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih memohon agar tidak tularkan perkara yang mengaibkan masjid tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Perkara tersebut berkaitan mengenai seorang lelaki yang memuat naik status berkaitan pihak pentadbiran sebuah masjid untuk beralih saf selepas berada di saf hadapan.

Melalui Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih berkata, pihaknya mengakui kehadiran pemuda tersebut untuk mengerjakan solat Jumaat pada Jumaat lalu.

Tambahnya, saf hadapan itu dikhaskan kepada ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Al-Mustaqim di Ampang kerana mereka hadir lebih awal.

“Betul beliau (lelaki itu) hadir awal di masjid. Tetapi, imam dan bilal Masjid Al-Mustaqim, Ampang ada 12 orang. Mereka (ahli jawatankuasa masjid) hadir awal di masjid.

“Mereka menjaga pintu masuk, jaga pintu dewan, jaga laluan masuk. Jadi mereka memang awal lagi hadir dan selayaknya mereka di hadapan,” kata kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook tersebut hari ini.

Berita berkaitan: Pemuda dakwa dihalang berada di saf depan, khas untuk AJK

Kosmo! hari ini melaporkan seorang lelaki dalam laman sosial Facebook mendakwa diminta oleh pihak pentadbiran sebuah masjid untuk beralih saf selepas berada di saf hadapan.

Lelaki itu yang menggunakan nama Abu Al-Zahra berkata, pada Jumaat lalu, dia yang datang lebih awal untuk mengerjakan solat Jumaat terus ke saf hadapan kerana saf itu masih kosong kemudian diminta untuk beralih saf kerana didakwa saf hadapan adalah untuk VIP dan ahli jawatankuasa masjid.

Tambah pihaknya lagi, dakwaan lelaki tesebut antara perkara yang mengaibkan masjid yang merupakan rumah Allah.

“Mohon tidak viralkan (tularkan) perkara aibkan masjid tanpa siasat. Saya sendiri berurusan pengurusan jenazah di Masjid Al-Mustaqim ini.

“Mereka menggunakan duit tabung masjid untuk pengurusan secara percuma bagi anak kariah mereka. Sangat telus. Sama-sama kita menjaga rumah Allah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI