fbpx

Laman e-dagang ada jual ‘dara tiruan’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk dara tiruan menjadi pilihan dan ada dijual di sebuah laman e-dagang.

PETALING JAYA – Betul orang cakap, kemudahan pembelian secara dalam talian atau e-dagang semuanya ada, ibu ayah kita sahaja yang tidak diganti dan tidak dijual.

Terbaru, produk yang mendapat permintaan tinggi ketika ini di laman perniagaan e-dagang adalah ‘dara tiruan’ khas untuk golongan wanita yang baharu kahwin.

Tinjauan di beberapa laman e-dagang terkenal, ternyata jualan produk dara tiruan itu mempunyai permintaan dan produk itu sememangnya wujud.

Harga produk berbeza mengikut jenama, dilaporkan juga harga dara tiruan itu sekitar RM130 ke RM200.

Difahamkan produk tersebut dipakai ketika malam pertama bagi pengantin baru bagi menyembunyikan masalah yang telah dialami oleh pengantin wanita.

Rata-rata orang ramai juga terkejut dengan penjualan produk tersebut dan ada meminta agar pihak terbabit memantau pengedaran produk itu.

“Bahaya kalau ada macam ni, maknanya orang boleh sembunyikan kisah-kisah hitam mereka sebelum berkahwin.

“Produk seperti ini juga boleh menggalakkan orang wanita melakukan dosa sebelum berkahwin kerana tidak lagi risau tentang malam pertama,” jelas Cikgu Zuki. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI