fbpx

Kosmo! Prihatin: Keluarga Narizan harap dapat bantuan rumah percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Narizan (kanan) bersama suaminya membaiki khemah buluh yang dibina di Kampung Kerinting, Gua Musang.

GUA MUSANG – Sembilan beranak yang tinggal di khemah buluh di Kampung Kerinting di sini, terharu apabila ramai pihak tampil untuk meringankan beban mereka.

Narizan Mohd. Noor, 38, berkata, selain wakil rakyat, keluarga­nya turut dikunjungi badan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan bantuan untuk membina rumah baharu.

“Minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim telah datang ke sini dan menawarkan sebuah rumah sewa dan beliau akan membayar sewa rumah itu.

“Bagaimanapun, kami takut untuk mene­rimanya kerana bimbang perlu sewa.

“Selain itu, ada juga NGO yang datang dan berhasrat untuk bergotong-royong menyiapkan sebuah rumah untuk kami,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, suaminya, Ku Khairul Azman Ku Amran, 38, berkata, mereka bersedia me­nerima bantuan rumah kerana itu yang diharapkan selama ini.

Berita berkaitan: 9 beranak berhimpit dalam khemah buluh

Katanya, mereka amat memerlukan sebuah rumah yang selesa bagi meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Jika kami ditawarkan ban­tuan Program Perumahan Rak­yat (PPR) yang berbayar, saya tak mampu sebab gaji saya kecil.

“Jika boleh, kami mahu kediaman percuma,” jelasnya.

Kosmo! semalam melaporkan, sepasang suami isteri bersama tujuh anak mereka berusia tiga hingga 22 tahun terpaksa tinggal di dalam khemah di Kampung Kerinting di sini, selepas tidak mampu untuk membayar sewa.

Pasangan itu mendirikan khemah di tepi sungai di kampung tersebut sejak dua minggu lalu dan keputusan itu dibuat kerana mereka tidak mahu menyusahkan ahli keluarga yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI