fbpx

Pengutip hutang wanita berlagak samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
H (kiri) terkejut kerana rumahnya dipecah masuk tiga wanita yang merupakan pengutip hutang dari sebuah institusi kewangan. – Instagram

JAKARTA – Video aksi tiga pengutip hutang wanita dari sebuah institusi kewangan di Indonesia menjadi tular di media sosial kerana mereka bertindak memecah masuk ke dalam rumah seorang penghutang dan berlagak samseng, lapor laman berita Kumparan kelmarin.

Berdasarkan video yang dikongsikan, tiga wanita berkenaan memecah masuk rumah seorang penghutang yang dikenali sebagai H. 

Apabila melihat H tiada di ruang tamu, mereka lantas mengetuk pintu bilik tidur rumah itu dan cuba memecahkan pintu tersebut.

Tindakan itu dirakam oleh salah seorang daripada mereka sambil sedang ketawa.

Tidak lama selepas itu, H dilihat keluar dari bilik dan kelihatan marah sehingga nyaris memukul salah seorang daripada wanita berkenaan.

“Jangan begitu, saya sudah bayar (hutang). Kenapa kamu semua buat begini?” kata H sambil menangis.

H difahamkan melunaskan kesemua jumlah hutangnya selepas kejadian tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ada dalam kalangan netizen yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai suatu tindakan yang melampaui batas memandangkan pengutip hutang itu mewakili sebuah institusi perbankan yang sah.

“Lapor sahaja kepada polis. Ini sudah menjadi kes jenayah kerana menceroboh masuk rumah orang. Tiada adab,” kata seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI