fbpx

Luahan Pembaca: Jadi jiran pembersih, elak lif jadi tempat longgok sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUDAHAN lif sering kali menjadi sasaran kepada perbuatan vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kecil, kita memang diajar tentang budaya saling menghormati dan bertolak ansur terutamanya melibatkan kejiranan di tempat tinggal.

Sikap tegur-menegur dan saling membantu adalah antara cara kita merealisasikan hubungan silaturahim dalam kalangan hidup bermasyarakat.

Bagaimanapun, satu perkara yang sering terlepas pandang adalah soal kebersihan terutama melibatkan kemudahan lif yang terdapat di rumah-rumah pangsa mahupun flat.

Sering kali kita terbaca mengenai keluhan orang ramai mengenai bau busuk di kawasan kejiranan mereka berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab penghuni lain yang suka membuang sampah terutama di dalam lif.

Air sampah yang berbau busuk dibiarkan meleleh di sepanjang laluan kediaman sehingga ke dalam lif, manakala sisa-sisa makanan dibiarkan bertaburan di atas lantai.

Situasi ini bukan hanya menimbulkan suasana tidak nyaman dalam kalangan penghuni, malah boleh menyebabkan berlakunya pertengkaran yang akhirnya mencetuskan kebencian dalam kalangan jiran.

Sebagai penyelesaian, pendekatan bekerjasama dan hormat menghormati perlu dilakukan secara menyeluruh, bukan hanya dalam percakapan tetapi juga perbuatan.

Tidak rugi untuk menjadi jiran yang pembersih kerana kesannya bukan hanya kepada masyarakat, malah kepada diri dan keluarga kita sendiri.

DINA DILLA
Puchong, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI