fbpx

Marquez mahu cari keserasian jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ percaya peluangnya untuk merebut kejuaraan terbuka apabila bakal memulakan saingan seawal pusingan pertama. - FARIZ RUSADIO

SEPANG – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez bertekad untuk mencari keserasian bersama jentera terlebih dahulu sebelum memasang impian untuk memburu gelaran dunia ketujuh.

Marquez kini berada di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menjalani ujian pramusim pertamanya selepas berehat tiga bulan apabila mengalami diplopia (masalah penglihatan yang menyebabkan objek dilihat berganda).

Bagaimanapun, Marquez me­ngakui keadaan semakin baik dan dibenarkan turun beraksi bersama pasukannya semula di Malaysia.

“Merebut semula kejua­raan dunia adalah sasaran saya ke­rana saya akan memulakan sai­ngan bermula pusingan pertama. Musim lalu, saya terpaksa bermula di pusingan ketiga. Jadi, agak sukar dan saya ketinggalan banyak mata.

“Apa pun pada aksi pramusim di Sepang ini saya akan mencari keserasian bersama jentera terlebih dahulu. Hari ini, Honda turun dengan jentera sangat berbeza dan kami akan bekerja keras untuk dapat pelarasan yang sempurna,” katanya ketika ditemui semalam.

Pada sesi ujian pertama kelmarin, Marquez terjatuh seba­nyak dua kali, namun tidak meng­alami sebarang kecederaan dan mampu meneruskan sai­ngan dan meng­akhiri kedudukan kelapan terpantas dengan satu minit 59.287s.

Dalam pada itu, Marquez juga berharap Grand Prix (GP) Malaysia yang berlangsung pada Oktober nanti mampu diadakan selepas dua tahun dibatalkan.

“Sudah pasti saya merindui perlumbaan di Malaysia terutama sorakkan padu penonton yang membanjiri grandstand.

“Saya harap GP Malaysia dapat diadakan pada tahun ini dengan kehadiran penuh para penonton,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI