fbpx

Covid-19 menuju ke arah pasca pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai menanti giliran untuk menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di sebuah stadium di Bangkok, pada 8 Januari 2022. – AFP

BANGKOK – Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Dr. Opas Karnkawinpong percaya bahawa wabak Covid-19 berkemungkinan memasuki peringkat pasca pandemik pada tahun ini, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Menurut beliau, wabak global berlaku dalam tiga peringkat iaitu prapandemik, pandemik dan pasca pandemik.

“Tidak lama lagi, kita akan melepasi fasa pemberian lebih 10 bilion dos vaksin yang diedarkan di seluruh dunia. 

“Varian Omicron akan dapat dibendung, lantas bertukar menjadi sejenis penyakit bermusim atau tempatan memandangkan jangkitannya adalah kurang teruk berbanding Delta,” katanya.

Tambah Opas, virus tersebut bagaimanapun akan mengambil masa selama beberapa tahun untuk terus menular sebelum ia boleh diisytihar sebagai penyakit bermusim.

“Ia disebabkan oleh kadar kebolehjangkitan dan kebanyakan jangkitan hanya dilaporkan dalam kumpulan kecil individu yang menyertai aktiviti berkumpulan,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI