fbpx

Pasca cerai, Channing Tatum hilang semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHANNING TATUM

PELAKON Channing Tatum mendedahkan pernah terfikir untuk bersara daripada dunia lakonan pada 2018 selepas bercerai dengan isterinya, Jenna Dewan.

Ujar pelakon berusia 41 tahun itu, dia sengaja mengelak daripada menjadi perhatian media dan memutuskan melepaskan beberapa tawaran berlakon selama setahun kerana memerlukan masa untuk berfikir.

“Saya pernah terfikir untuk bersara dalam bidang lakonan. Selama setahun saya tidak mengambil apa-apa tawaran berlakon dan mengelak daripada menjadi perhatian media,” jelasnya.

“Saya banyak menghabiskan masa dengan melakukan fotografi dan kerja seni lain, selain berlakon,” katanya.

Bagaimanapun, selepas setahun berfikir, bapa kepada seorang cahaya mata itu sedar bahawa bukan mudah untuknya meninggalkan dunia lakonan.

Justeru, dia akhirnya bersedia membuat kemunculan semula dalam industri lakonan seperti biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI