fbpx

[VIDEO] Peniaga maut kemalangan selepas tiga hari bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan pernikahan Ahmad Mustakim dan Sharifah Erin Nurshafieka pada Khamis lalu dan tangkap layar yang memaparkan kemalangan menimpanya.

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga ikan air tawar yang baru melangsungkan pernikahan tiga hari lalu maut dalam kemalangan di Surau Panjang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.10 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba memasuki laluan itu pada pukul 1.10 tengah hari.

Ibu mangsa, Zaitun Yusof, 57, berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Mustaqim dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Belukar Sukai, Kepong di sini selepas menghantar bekalan ikan di sebuah kedai makan berhampiran.

Dia berkata, anak ketujuh daripada 10 beradik itu baru melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, pada Khamis lalu.

“Sepatutnya mereka dijadual bernikah pada bulan Jun depan tetapi arwah (Muhammad Mustaqim) mahu dipercepatkan pada Khamis lalu.

“Majlis persandingan pula dirancang pada 26 Mac depan tetapi ajalnya tiba dahulu. Tidak sangka jodohnya cuma tiga hari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Belukar Sukai di sini hari ini.

Zaitun berkata, jenazah Muhammad Mustaqim telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Beladau Kepong di sini selepas solat Asar kelmarin.

Sebelum ini, sebuah klip video berdurasi 26 saat memaparkan kemalangan menimpa Muhammad Mustaqim tular di media sosial. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI