fbpx

Kanak-kanak di Kelantan terima vaksin bermula Ahad depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kelantan akan menjalankan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kids) untuk kanak-kanak berusia berusia 5 hingga 12 tahun bermula pada Ahad minggu hadapan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, pihaknya telah menjalankan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan untuk menjalankan program itu.

Katanya, suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak dijangka bermula Ahad depan di sekolah sekali gus memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan.

“JPN dalam proses untuk mengedarkan borang kebenaran suntikan vaksin Covid-19 kepada ibu bapa bermula hari ini.

“Mengikut data jabatan perangkaan pada tahun lalu, populasi kanak-kanak berusia antara 5 hingga 11 tahun di Kelantan dianggarkan seramai 219,000 orang. Bagi anggaran kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mengikut bilangan kohort kelahiran JKNK adalah seramai 168,023 orang.

“Bilangan murid berusia 7 hingga 11 tahun yang berdaftar dengan JPN pula seramai 114,685 orang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit berisiko tinggi dan komorbid, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital sebelum menerima suntikan vaksin Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI