fbpx

Kes baharu terus meningkat lepasi 10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 10,089 kes dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini terus meningkat melepasi 10,000 dengan 10,089 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes.

Berdasarkan situasi Covid-19 semalam, kes harian negara mencatatkan sebanyak 9,117 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes jangkitan hari ini, Selangor mencatat angka tertinggi sebanyak 2,549 kes, diikuti oleh Johor (1,582 kes) dan Sabah (1,285 kes).

“Selebihnya, Kedah (904 kes), Pahang (624 kes), Pulau Pinang (542 kes), Kuala Lumpur (491 kes), Kelantan (471 kes), Negeri Sembilan (464 kes), Melaka (457 kes), Perak (321 kes) dan Terengganu (213 kes).

“Negeri-negeri lain ialah Putrajaya (61 kes), Sarawak (58 kes), Perlis (44 kes) dan Labuan (23 kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI