PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menzahirkan rasa dukacita ke atas pemergian kanak-kanak ajaib Mahribi, Rayan Osram.
Ismail melalui ciapan di akaun Twitternya hari ini berkata, berita kematian kanak-kanak yang terperangkap di dalam lubang perigi telah disahkan sendiri oleh Istana Diraja Maghribi awal pagi tadi.
“Sungguh menyayat hati untuk mengetahui tentang kematian tragis Rayan Oram yang telah disahkan oleh Istana Diraja Maghribi.
“Kanak-kanak berusia 5 tahun itu terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter selama lima hari di kampungnya di Ighran, yang terletak di perbukitan berhampiran Chefchaouen, utara Maghribi,” ciapnya. – K! ONLINE.