fbpx

14 kematian, 65,952 kes aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,025 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, terdapat sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,462 kes.

“Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Selangor (5), Sabah (4), Kuala Lumpur (2), Johor (1), Negeri Sembilan (1) dan Perak (1),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Sebanyak 65,952 kes melibatkan 57,895 kes dikuarantin di rumah, 4,205 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,729 kes di hospital, 56 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 67 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI