fbpx

Aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan, Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik sesak dan bergerak perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak malam ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan bergerak perlahan sejak pukul 9 malam tadi.

Menerusi laporan trafik di laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), trafik dilaporkan perlahan dari arah barat di hentian sebelah Gua Tempurung ke Tapah.

Trafik juga dilaporkan perlahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah ke Slim River dan arah selatan di Simpang Renggam ke Kulai.

Sementara itu, di KLK pula, trafik dilaporkan bergerak perlahan sepanjang 12 Kilometer (km) arah barat di Bentong Timur ke Bukit Tinggi.

Keadaan sesak turut dilaporkan berlaku sepanjang 6.1 km di Plaza Tol Gombak. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI