fbpx

Perahu sagor ditempatkan di muzium untuk konservasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan JWN mengukur panjang dan lebar perahu sagor yang ditemui penduduk di Sungai Ketil di Kampung Lela, Kuala Pegang pada Isnin lalu.

BALING – Jabatan Warisan Negara (JWN) akan menempatkan perahu sagor yang ditemui penduduk di Sungai Ketil berhampiran Kampung Lela di Kuala Pegang di sini pada Isnin lalu di Muzium Negeri Kedah di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Warisannya, Muhamad Muda Bahadin berkata, pihaknya akan melakukan proses konservasi ke atas perahu lama tersebut.

“Kita akan melakukan proses konservasi dan penyelidikan bagi menentukan tarikh dan usia sebenar perahu ini.

“Proses tersebut akan dilakukan JWN dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Lembaga Muzium Negeri Kedah serta penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk menghasilkan penceritaan sebenar tentang kewujudan perahu berkenaan selepas ia dipulihkan sebelum dipamerkan untuk tontonan umum.

Menurutnya, usia sebenar perahu bersaiz 8.5 meter panjang dan 0.9 meter lebar serta jenis kayu yang digunakan belum dapat dipastikan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI