fbpx

Aprilia mengganas hari pertama di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES mencatat masa kedua terpantas di belakang rakan sepasukannya, Aleix Espargaro. - FARIZ RUSADIO

SEPANG – Pasukan Aprilia mempamer kehebatan mereka selepas mencatat masa terpantas menerusi kedua-dua pelumbanya, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales yang menawan sesi ujian pramusim pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang tadi.

Espargaro yang turun lebih awal pada sesi ‘Shakedown’ dua hari yang lalu menggunakan pengalaman tersebut apabila merekodkan masa terpantas satu mint 58.371 saat (s).

Tidak terkecuali apabila pelumba baharu Aprilia, Vinales dilihat mula menemui sentuhan terbaik semula apabila mencatat masa kedua terpantas apabila hanya dipisahkan kurang daripada satu saat dengan rakan sepasukannya, Espargaro.

Sementara itu, Suzuki yang dilihat bertekad untuk mendapatkan pelarasan terbaik turut positif apabila Alex Rins mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan satu minit 58.471s.

Juara dunia 2021, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) pula dilihat masih belum cukup panas apabila sekadar merekodka catatan enam terpantas 1’59.002s. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI