fbpx

Mak nyah dalang kegiatan pelacuran dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mak nyah (kanan) ditahan bersama pekerja dan pelanggan dalam Op Noda di Sungai Petani malam semalam.

SUNGAI PETANI – Polis menumpaskan kegiatan pelacuran yang didalangi seorang mak nyah dalam serbuan Op Noda di sebuah rumah di Taman Patani Jaya di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 9.45 malam itu, mak nyah dengan nama panggilan mami dipercayai ibu ayam itu ditahan bersama dua wanita dipercayai pelacur serta tiga lelaki yang menjadi pelanggan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ibu ayam tersebut berusia 43 tahun manakala dua pekerjanya pula berusia 25 tahun.

“Tiga pelanggan lelaki yang turut ditahan berusia 23, 24 dan 36 tahun,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, hasil serbuan pihaknya merampas sebuah buku nota disyaki sebagai buku rekod pelanggan dan 16 unit kondom.

“Kita turut merampas wang tunai kira-kira RM1,900, sejumlah telefon bimbit serta satu anak kunci,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI