fbpx

Lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN pergaduhan di sebuah restoran di Taman Timur Ipoh, Ipoh yang tular dalam media sosial. FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH- Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan video tular pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah restoran dekat Taman Timur Ipoh, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihak polis mengesan video berkenaan semalam yang memaparkan kejadian khianat dan mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki tempatan.

Katanya, satu laporan polis berkaitan kejadian itu diterima pada hari sama di mana kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan melakukan khianat.

“Susulan itu, pihak polis telah menangkap seorang lelaki yang merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut.

“Lelaki terbabit telah direman empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, pihaknya turut menerima satu laporan polis daripada waris suspek yang mendakwa lelaki itu dipukul orang ramai semasa kejadian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI