fbpx

PLUS sumbang RM2.26 juta zakat kepada Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKARIA (dua dari kiri) menyampaikan replika cek sumbangan zakat kepada Hasni (kiri) dalam satu majlis di Johor semalam.

KUALA LUMPUR – Konsesi lebuh raya terbesar negara, PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menyampaikan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM2.26 juta kepada negeri Johor semalam.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi menyerahkan replika cek kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam satu majlis di Holiday Villa Johor Bahru City Centre, Johor.

Katanya, sejak tahun 2013, PLUS telah menyumbang pembayaran zakat perniagaan kepada negeri itu kira-kira RM20.5 juta.

“PLUS telah menyumbang zakat perniagaan lebih RM98 juta sejak tujuh tahun yang lalu kepada asnaf dan para penerima yang layak.

“Sebagaimana sabda Nabi Muhammad yang bermaksud ‘Sebaik-baik manusia adalah kewujudannya memberi manfaat kepada orang lain’, dan inilah yang kami sedang usahakan secara berterusan untuk membantu komuniti ini menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sumbangan zakat perniagaan itu juga sejajar dengan matlamat utama PLUS bagi menjaga golongan-golongan tersebut dengan baik.

Komuniti tersebut terdiri daripada penerima zakat yang layak, golongan asnaf yang tinggal di negeri yang mana PLUS beroperasi termasuklah komuniti lebuh raya yang berada dalam sekitar 30 kilometer daripada lebuh raya PLUS seperti Lebuhraya Pantai Timur 2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI